PERNAH TAK AMBIL TAHU JENIS KULIT KITA?
Pernah tak rasa kulit kita tegang, tiba-tiba tumbuh jerawat, merah-merah, kulit kasar atau macam-macam masalah lain bila kita dah lama guna skincare sedia ada ataupun semasa tukar ke produk skincare baru?
Pertama sebab nak bagi kulit kita serasi dengan skincare baru tu, tetapi kalau semakin teruk kulit kita, macam mana pulak? Tu maksudnya skincare yang kita baru beli tu tidak sesuai dengan jenis kulit kita. Kenapa boleh berlaku? Sedangkan produk yang kita beli tu mahal.
Sebab itulah kita kena tahu jenis kulit wajah kita. ð
So artikel meera kali ni untuk share macam mana nak kenalpasti jenis kulit wajah kita. Senang saje awak ikut step yang saya share. Hanya guna tisu sahaja ðð
Langkah 1:
Pastikan kulit wajah kita bersih dari segala kotoran debuan makeup. Buang semuanya dengan makeup remover ye.
Langkah 2:
Cuci muka kita dengan pencuci muka yang sedia ada.
Langkah 3:
Biarkan muka kita yang suci murni selepas kena cuci tu kering sendiri dalam 1-3 jam. Jangan apply apa-apa kat muka tu even toner pun x boleh.
Langkah 4:
Koyakkan tisu kepada 4 bahagian, kemudian tepek pada dahi, hidung, pipi dan dagu.
Senang je kan?
So, macam mana nak tahu muka kita ni jenis kulit normal, kering, berminyak atau combination skin? Rujuk kenyataan di bawah:
1. Kulit Normal
Keempat-empat tisu tadi melekat sekejap saja lepas tu jatuh dan tak melekat dah. Tak pun kalau kulit tu nampak biasa, tidak mengelupas, tak bersinar, pori tak nampak terkangkang, tu tandanya kulit muka korang normal. Tahniah kerana memiliki kulit yang normal. jaga elok-elok.
2. Kulit Kering
Tisu-tisu tadi tidak melekat langsung. Baru je nak letak, terus jatuh berguguran. Kulit pun nampak macam sisik-sisik atau mengelupas, kasar dan kusam. Kulit terasa tegang sangat selepas cuci muka. Betulkan? Potensi untuk dapat kedut di muka tu adalah lebih cepat, so penting sangat untuk kekalkan hydration di muka kita.
3. Kulit Berminyak
Keempat-empat tisu tersebut melekat dan tak jatuh. Selepas 3 - 4 jam cuci muka, muka kita akan nampak berkilat sebab minyak. Kalau sentuh memang dekat jari tu terasa minyak. Pori pun nampak jelas terbuka dan sangat merimaskan tengok sebacous filament atau lebih senang orang kita panggil dia white/blackhead.
4. Combination SkinTisu hanya melekat di dahi dan hidung. Ada sesetengah kes yang melekat di dagu. Tapi pipi kering, tisu tidak melekat. Boleh tengok pada dahi dan hidung berkilat ada minyak tetapi pipi kering sangat-sangat. kecenderungan untuk dapat white/blackhead di bahagian hidung sangat tinggi jugak sekiranya tidak dijaga dengan rapi.
TAPI macam mana dengan Kulit Sensitif?
Kulit Sensitif bukanlah kategori jenis kulit tetapi ia adalah kondisi kulit kita yang disebabkan perbuatan kita (salah guna produk timbang kilo) ataupun hormon. Walaupun kulit muka kita sensitive namun jenis kulit dia tetap terdiri daripada salah 1 jenis kulit yang dinyatakan di atas.
Kulit sensitif ni boleh jadi dari sebab salah penggunaan skincare yang merosakkan lapisan kulit. Ia mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dengan menggunakan skincare yang sesuai (tiada bahan berbahaya) ataupun perlu berjumpa dengan doktor untuk nasihat yang selanjutnya,
Haa so dah dapat kenalpasti kan jenis kulit muka tu? ð
Bila dah tahu jenis muka kita ni macam mana, senanglah kita nak cari produk yang sesuai dengan kulit kita. ð
Bila skin dah cantik mulus dan selesa, bolehlah makeup cantik-cantik dengan produk
Mermatte yang memang bantu kita cantik sambil merawat.
Kalau tak pasti boleh tanya sahaja di ruangan komen, jangan malu dan segan ye. ð
thankyou for explanations.. now i know which one my skin type. ðð
ReplyDeleteWowww. Good info. Tq dear.
ReplyDeletetq sharing sis. Nice info
ReplyDeleteGood info.. Now da tahu da nak pilih skincare apa.. if sis nak edit video tapi tak tahu cara bole baca entry sy ni ok.. https://cikguonlinehot.blogspot.com/2021/02/3-apps-penting-untuk-edit-video-wajib.html?m=1
ReplyDeleteOkayy sis.. saya nak blajar tu.
DeleteGood info, tq sharing
ReplyDeleteGood Info ððŧððŧððŧ Senang org nak tahu jenis2 kulit nanti ð
ReplyDeleteTq sharing info, senang nak teliti apa jenis kulit kita nanti❤️
ReplyDelete