Innisfree My Foundation 2.5
Foundation ini memberi coverage yang penuh untuk menutupi dan membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit. Ianya memberi lembapan dan coverage, sesuai mengikut tona kulit wanita Asia. Bahan yang terkandung dalam foundation ini diekstrak khas dari Kepulauan Jeju serta diperkaya dengan Mineral Cover Complex. Korea gituuu!
Sesuai untuk semua jenis dan tona kulit anda wanita Asia. 3 tahap lembapannya khas kemasan dari matte, semi-matte sehingga glow finish. Wajah anda akan tampil lebih natural semasa selfie atau bertiktok 😆
Elianto Whitening Stick Foundation
Krim asas ini sangat mudah dipakai dan mudah sebati pada kulit. Formula ringan yang canggih memberi rasa sangat halus dengan coverage tertinggi dan tidak melekit pada kulit anda. Selain itu, produk ini mengandungi fungsi pemutihan dengan SPF60 + / PA +++ supaya kulit tampak lebih natural.
Foundation dari Elianto ini dapat menutupi semua ketidaksempurnaan pada kulit muka kita ni seperti liang pori terbuka, garis halus dan bintik-bintik gelap
Nars Sheer Glow Foundation
Krim asas dari Nars ini mempunyai tekstur yang ringan dan sangat lembut pada kulit wajah, terasa seperti anda tidak memakai apa-apa pun pada muka. Sesuai dipakai setiap hari dan sepanjang masa, anda akan kelihatan cantik berseri dengan sekali sapuan. Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat juga, foundation ini terbaik untuk anda.
Bahan kandungan bebas minyak, foundation ini mampu memberi coverage terbaik untuk kulit wajah serta menutup kesan jeragat, blackheads, whiteheads, jerawat dan segala cela yang timbul pada kulit.
Mermatte Pro Coverage Liquid Foundation
Krim asas Mermatte dengan kandungan Argan Oil, Vitamin C&E, Honey Bee Venom dan Magnolia Stemcell ini bertindak sebagai melembabkan kulit sekaligus merawat kulit dengan adanya argan oil yang diketahui baik untuk kulit. Ia mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinar UVB yang berbahaya.
Tambahan pula, kulit dapat dilindungi dengan sempurna kerana tekstur yang ringan seolah seperti tidak memakai apa-apa di wajah, sekaligus memberi efek lebih sekata dan bebas cela.
Antara 4 foundation yang tersenarai ni, yang paling meera suka ialah foundation dari Mermatte. Daripada mencuba untuk merawat kulit yang kering ni terus menjadi reseller Mermatte. Jatuh cinta berkali-kali dengan Mermatte 🥰
Jadi sesiapa yang nak jatuh cinta dengan Mermatte berkali-kali boleh tekan link ni untuk order Mermatte Liquid Foundation yang best.
Comments
Post a Comment